Berbunyi sebeum diketuk
1 - Apa yang berlaku di Penang, sungguh menyedihkan. Tidak kiralah dari pihak mana sekalipun. Jgn disebabkan awak terlalu emosi dan mahu tunjuk hero, habis semua dipalit kesanya walaupun peristiwa sebenar belum berlaku. Kita tidak perlu ikut acuan dan style pihak lain. Byk lagi cara, selain itu, ia menjadi point untuk pihak lagi satu menyuarakan pendapat yang sama dari apa yang telah mereka luahkan hari ini.
2 - Apa yang di pertontonkan, kumpulan itu bukan sahaja berarak ke arah bangunan Komtar, malah mereka juga berkelakuan kasar terhadap anggota polis. Sungguh aneh dan pelik, mereka lah yang beriya-iya meminta orang ramai menghormati badan beruniform tersebut, tetapi sekarang merekalah tidak menghormati apa yang mereka suarakan sebelum ini. Jadi bagaimanakah orang ramai mahu mengikuti apa yang telah nasihatkan kepada semua, sedang peristiwa yang di khabarkan akan berlaku, belum pun terjadi.
3 - Ini menunjukan mereka ini adalah golongan oportunis yang tidak matang, apabila membuat sesuatu perkara tidak berfikir secara panjang, kerana saya khuatir, pihak di satu lagi akan menggunakan alasan yang sama untuk melaksanakan program yang telah mereka rangcangkan sebelum ini, malah kapasitinya jauh lebih besar dari apa yang berlaku di Pulau Pinang, secara tak langsung, kesanya juga akan lebih teruk. Tujuan mereka mungkin murni, tetapi perbuatan mereka itu tetap salah dan tidak betul. Balik-balik orang kita juga yang berbalah, tak kira dari apa segi. Bagaimana kita mahu maju jika kita asyik dibelungi dengan perkara seperti ini. Kita tinggal di negara yang berdaulat dan aman, penduduknya juga baik-baik, kita patut bersyukur.
No comments:
Post a Comment